Home Artikel PAS Perlis

Ziarah Mahabbah DUN Guar Sanji Dekati Para Pemuda

94 views
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

ARAU : Selepas program bersama golongan MOSWAY, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji YB Ustaz Mohd. Ridzuan Hashim meneruskan khidmat beliau kepada masyarakat yang diwakilinya dengan menyantuni golongan muda dalam DUN berkenaan.

Menerusi program Ziarah Mahabbah pada 19 Mei yang lalu, beliau telah menziarahi dan menyampaikan sumbangan Ramadhan kepada golongan pemuda di sekitar DUN Guar Sanji.

Sumbangan berupa barangan keperluan harian telah disampaikan sendiri oleh Ustaz Mohd. Ridzuan kepada para penerima yang memerlukan.

Rata-rata yang ditemui mengucapkan terima kasih atas keperihatinan yang ditunjukkan oleh beliau dalam membantu meringankan beban kehidupan masyarakat khususnya dalam DUN Guar Sanji.

Turut hadir dalam program ziarah mahabbah kali ini Ketua Lajnah Kebajikan Pemuda PAS Perlis, Muhammad Aniq dan AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Arau.