BAGAN SERAI – YB Tuan Haji Razman ziarah keluarga kematian Muhammad Zaki Osman di Batu 10 ¼ Jalan Taiping.
Sebelum meninggal allahyarham didapati batuk berdarah dan kemudian pengsan.
Keluarga menelefon ambulan dan selepas tiba pihak perubatan mengesahkan Allahyarham telah meninggal ketika di rumah lagi.
Menurut maklumat dari waris, jenazah masih berada di hospital Parit Buntar untuk menunggu pelepasan dari pihak doktor.
YB mengucapkan takziah kepada keluarga dan menerangkan kepada waris tentang bantuan khairat kematian berjumlah RM500 yang boleh dipohon melalui pejabat ADUN Gunung Semanggol.