Oleh: Haziq Dun
PADANG BESAR: Sebagai tanda prihatin terhadap golongan yang kurang bernasib baik dalam DUN Beseri, MTD Beseri meneruskan Program Ziarah Kebajikan dengan kerjasama Kelab Motosikal ARC.
Terbaru, rombongan yang diketuai Timbalan Pengarah 2 MTD Beseri, Ustaz Azamhari Mohamood telah turun menyantuni masyarakat di sekitar Kampung Tunjong.
Sebanyak 5 buah rumah telah diziarahi sepanjang hari berkenaan.
Turut serta dalam ziarah kebajikan adalah Ketua Penerangan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar, Saudara Aziz Ahmad.
Selain menyampaikan sumbangan, rombongan ziarah tersebut turut mengadakan majlis bacaan doa selamat.
Menurut Ustaz Azamhari, pihaknya mendapat respon yang sangat positif daripada masyarakat setempat, hasil penganjuran program seumpama ini.
Apa yang lebih menarik ujarnya, ada dari kalangan mereka yang diziarahi turut menyatakan kesediaan mereka untuk bersama-sama dengan PAS dalam pilihan raya umum nanti.