Home Berita PAS Selangor

Ziarah Kebajikan PAS Kawasan Gombak – Khabar PAS Kawasan Dari Negeri Selangor

496
SHARE

Oleh : PAS Kawasan Gombak

Rutin Ziarah Kebajikan diteruskan oleh wakil PAS Kawasan Gombak dan Dewan Muslimatnya ke 4 buah keluarga. Ziarah diketuai oleh Ustaz Hasbullah Ridzwan TYDP PAS Kawasan Gombak bersama 8 ahli jawatankuasa Lajnah Kebajikan menemui 4 buah keluarga.

2 buah keluarga diziarahi bagi tujuan menyantuni ahli keluarga yang mengalami masalah kesihatan. Selain itu 1 keluarga anak yatim dan 1 buah keluarga turut diziarahi bagi menyampaikan sumbangan khairat kematiaan Tabung Purnama oleh PAS Kawasan Gombak.

Moga Allah mempermudahkan urusan keempat-empat keluarga ini. Moga Allah terima doa & amal kita.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor

#pasprihatin
#pasgombak
#pasuntuksemua