Home Artikel PAS Perak

Ahli Parlimen PAS l Ziarah Kebajikan Dun Changkat Jering

657
SHARE

Oleh : Ez

CHANGKAT JERING : Aktiviti menziarahi rakyat Dun Changkat Jering pada 1 Disember yang lalu diteruskan lagi ke sekitar Kampung Batu 6 , Kampung Parit Menteri , Taman Menteri dan kampong Batu 5 oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang , Ustaz Idris Ahmad.

Aktiviti rutin ini turut disertai oleh ajk lajnah kebajikan , Hj. Jamaluddin , pimpinan PAS kawasan , Muslimat serta pemuda yang turut serta menyantuni penduduk.

Program ziarah rakyat adalah rutin YB Ustaz Idris untuk bertemu rakyat yang susah, sakit, OKU & rakyat yang baru menerima cahaya mata.

Sebanyak 14 keluarga telah diziarahi walaupun berbeza pandangan dan sokongan politik kerana apa sahaja yang rakyat sokong itu hak peribadi rakyat namun semuanya ada hak untuk didekati dan bantu walau apa pun latar belakang sokongan politik.

Pas Bukit gantang akan terus menerus berusaha membantu dan merealisasikan agenda berkebajikan kepada semua lapisan masyarakat walaupun tiada apa-apa peruntukan yang diterima daripada pihak kerajaan.

Aktiviti yang bermula pada pukul 9.00 pagi berakhir kira-kira pada pukul 12 tengahari.