
Muhammad Hakim Al-Hashimi
WANGSA MAJU :PAS Kawasan Wangsa Maju telah mengadakan program Ziarah Kasih Sayang mengunjungi para penduduk dalam kalangan asnaf yang menetap di Wangsa Maju Seksyen 2, di sini hari ini.
Program dilaksanakan bagi membantu keluarga kurang berkemampuan khususnya yang terkesan secara langsung akibat pandemik COVID-19 sedang melanda negara ketika ini.

Bantuan yang dikenali sebagai βGerobok Rezekiβ disediakan di perkarangan Surau Ihsan berbentuk keperluan harian seperti beras, gula, bihun, minyak masak dan telur.
Ahli Dewan Negara, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata program ini bertujuan membantu dan meringankan beban penduduk setempat yang kekurangan bekalan keperluan harian.

βKami cakna dengan kesusahan dan kepayahan hidup mereka yang sangat terkesan dengan pandemik yang melanda negara sekarangβ, tambah beliau lagi.
Turut hadir sama ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud dan Pengerusi Surau Ihsan, Ustaz Ehsan bersama seluruh ahli jawatankuasa surau berkenaan.
