Oleh: SALMI DIN
20 April 2022
KALABAKAN: Program Ziarah Kasih Ramadan anjuran bersama Skuad Prihatin Dewan Muslimat PAS Kalabakan (DMPKK) dan PAS Kalabakan sebagai tanda keprihatinan kepada masyarakat yang memerlukan.
Seramai 20 keluarga sekitar Kalabakan menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian,kuih raya dan telekung pada Sabtu.
Menurut Timbalan Ketua Muslimat PAS kawasan, Norjannah JamJam, program kebajikan merupakan agenda gerak kerja di peringkat kawasan yang perlu diberi tumpuan.
“Masih ramai masyarakat susah yang memerlukan perhatian lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini,” ujarnya ketika menyampaikan sumbangan.
Norjanah yang juga Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS kawasan sempat menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada tiga warga emas di Kampung Tanjung Batu Tengah.
Sementara itu, Ketua LKK DMPKK, Irma Nurdin, pula berkata, program itu bertujuan untuk mendidik masyarakat bersedekah membantu saudara-saudara yang kurang berkemampuan dalam kehidupan.
“Hasil kutipan sumbangan daripada masyarakat yang prihatin disampaikan kepada mereka yang memerlukan. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga dan kita semua diberkati Allah,” ujarnya lagi.
Turut hadir bersama Yang Dipertua PAS Kalabakan Haji Ahmad Dullah, Naib Yang Dipertua PAS kawasan, Usman Madeaming dan Ketua Lajnah Dakwah DMPKK, Semi Senang.
Terdahulu DMPKK telah menyampaikan sumbangan kepada 50 buah keluarga. Serahan masih diteruskan sehingga penghujung Ramadan.