Home Artikel PAS Wilayah

Ziarah Kasih Keluarga Petugas Pilihanraya PAS

315
SHARE

Oleh: Dhiya’ Muttmainnah

BATU – Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Batu telah mengadakan Ziarah Kasih terhadap ahli keluarga seorang petugas dan penyumbang dana pilihanraya PAS Kawasan Batu, Abdullah Shafari Abd Hamid di Flat Sri Pangkor Satu, Sentul semalam.

Isteri beliau, Zaiton Mohammad Sidek kini sedang diuji dengan jangkitan kuman pada otak yang turut memberi kesan pada ingatan dan pergerakan tubuh pesakit secara langsung.

Antara yang hadir semasa ziarah tersebut adalah Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Haji Abu Bakar Abd Rahman, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Batu, Ustaz Abd Kadir Manap serta Timbalannya Shukhiri Kamis, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu, Zurina Din, Ahli Jawatankuasa Majlis Perwakilan Penduduk Zon Tengah, En Harif Mahmood bersama ahli jawatankuasa PAS Cawangan Flat Sri Kelantan.

Haji Abu Bakar yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan dan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Sentul Tengah turut mengambil kesempatan untuk membaca doa buat kesembuhan Zaiton dan kesejahteraan mereka sekeluarga.

Beliau turut menyarankan pada anak-anak Abdullah agar melakukan solat hajat setiap hari memohon pertolongan dan kesembuhan untuk ibu mereka dari Allah SWT.

Sumbangan kewangan turut disampaikan bagi mengurangkan beban keluarga ini.