Home Berita PAS Perlis

Ziarah Eratkan Hubungan Muslimat PAS Dengan Masyarakat

474
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

ARAU : Program turun padang bertemu dengan masyarakat biasanya dikaitkan dengan aktiviti rutin parti politik menjelang musim pilihan raya.

Namun bagi Parti Islam SeMalaysia (PAS), aktiviti seperti ziarah adalah program ‘wajib’ yang mesti dilaksanakan secara berkala, bukan semata-mata bermatlamatkan pilihan raya tetapi juga sebagai memenuhi tanggungjawabnya kepada masyarakat.

Di DUN Guar Sanji misalnya, program-program kemasyarakatan seumpama ini berjalan hampir setiap minggu termasuklah yang terbaru, program Ziarah Cakna anjuran Muslimat PAS DUN Guar Sanji.

 

Dalam program berkenaan, Muslimat PAS DUN Guar Sanji dengan kerjasama PAS Cawangan Kampung Sena dan PAS Cawangan Kampung Jelempok telah menyantuni seramai 26 orang warga emas yang tinggal dalam DUN berkenaan.

Selain berpeluang beramah mesra dengan kepimpinan muslimat, kesemua mereka yang diziarahi juga turut menerima sumbangan yang disampaikan sendiri oleh Ketua Muslimat PAS Negeri Perlis, Hajjah Latifah Mat.