Home Berita PAS Selangor

Ziarah As-Sabiqun – PAS Kawasan Sungai Besar

12
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Besar

Oleh : Mus’ab

SUNGAI NIBONG, 7 November – PAS Cawangan Batu 23 Sungai Nibong dan Cawangan Sungai Nipah telah mengadakan ziarah ke rumah salah seorang veteran PAS di Batu 23 Sungai Nibong pagi tadi.

Jamaluddin Tamam, Ketua Cawangan Batu 23 Sungai Nibong hadir menyantuni Ustaz Marwan Kasikon yang merupakan antara orang lama dalam PAS dalam tertubuhnya cawangan ini.

Beliau baru sahaja menjalani pembedahan kerana ada ketumbuhan di bahagian kepala dan pembedahan itu telah disempurnakan di Anson Bay, Teluk Intan.

“Semoga ustaz Marwan terus diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan perjuangan dalam jemaah ini dan terus memberikan manfaat ilmu kepada masyarakat”, ujar Jamaluddin.

Turut hadir dalam ziarah sebentar tadi ialah Ustaz Ramly Said, Ketua Cawangan Sungai Nipah bersama dengan ahli jawatankuasa cawangan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor