Home Artikel PAS Perlis

Ziarah Ameerah Care Santuni Wanita Muda

44 views
SHARE

Oleh: Noor Sara Mashitoh

ARAU: Ameerah Negeri Perlis telah mengadakan program Ameerah Care bagi Kawasan Arau di sini hari ini.

Menerusi program ini, ia bertujuan untuk mendedakan kepada para aktivis Ameerah untuk melihat sendiri kehidupan wanita muda di sekitar negeri ini.

Selain itu, program ini juga untuk memperkenalkan fungsi dan peranan Ameerah di kalangan masyarakat.

Pengarah Ameerah Negeri Perlis, Nuha Che Man berkata program ini akan dijalankan secara berkala sebulan dua kali.

“Pada kali ini, kita turun ke Kawasan Arau, manakala minggu hadapan kita akan ke Padang Besar seterusnya ke Kawasan Kangar.

“Sebanyak dua buah rumah telah kita ziarahi, rumah yang pertama melibatkan seorang wanita muda yang berusia 25 tahun terlantar kerana menghidap penyakit jantung.

“Beliau adalah pelajar tahun akhir yang mengambil jurusan Kimia Gunaan di Universiti Teknologi Mara, Arau di sini.

“Rumah kedua pula, kita santuni ibu muda yang baru saja melahirkan anak pada dua minggu yang lalu,” ujarnya.

Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Arau, Husna Hashim bersama tujuh orang Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Ameerah Negeri dan Kawasan turut menyertai ziarah pada kali ini.

Sedikit cenderahati yang merupakan barang keperluan dapur telah diberikan kepada mereka sebagai tanda ingatan.