Home Berita PAS Terengganu

YPU sedia bantu Usahawan TUGAS terjejas banjir

9
SHARE

KUALA TERENGGANU – Usahawan di bawah Tabung Usahawan Sejahtera (TUGAS) yang terkesan dengan banjir disaran menghubungi Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) untuk mendapatkan khidmat nasihat berhubung dengan bayaran pembiayaan balik skim tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa  Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ariffin Deraman berkata, pihaknya bersedia untuk memberikan sokongan kepada semua pelanggannya yang terjejas akibat banjir

“Antaranya mereka boleh memohon untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman bagi membantu usahawan terbabit memulihkan kembali perniagaan yang terjejas akibat bencana banjir,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyerahan Surat Tawaran kepada Peminjam kali  ke 4/2024 di Cafecitto, Coffee & Food Tok Molor di sini hari ini.

Dalam majlis tersebut, seramai 18 usahawan yang telah berjaya dalam permohonan pembiayaan TUGAS  akan menerima anatara RM7,000 hingga RM30,000  setiap seorang melibatkan peruntukan sebanyak RM310,000.