Home Artikel PAS Pahang

YB Jengka Tinjau Kaedah Baru Tanam”BLACKSTONE”

309
SHARE

23 Mac – Jengka : Shimana Agro Tech bersama Pasti Ar Raudhah TJM mengusahakan tanah seluas 11 ekar di Taman Jengka Mahkota bagi penanaman terung dengan menggunakan kaedah Fertigasi.

YB Ustaz Shahril Azman bersama pengusaha En.Abd Talib Yusuf hari ini melihat kawasan penanaman terung yang diusahakan dengan menggunakan kaedah Fertigasi dari “media blackstone” iaitu sebatian yang menggantikan tanah.

En.Abd Talib Yusuf dengan panggilan mesranya ” Pakteh ” adalah mentor kepada pengusaha dalam bidang pertanian di Daerah Maran.

YB Ustaz Shahril Azman berkata ” orang muda patut menyambut seruan ini terutamanya generasi kedua Felda menjadikan Pertanian sebagai bidang pekerjaan yang dapat menghasilkan sumber pendapatan yang lumayan “.