Home Berita PAS Pulau Pinang

YDP Tanjong suntik taujihat kepada pemuda

96
SHARE

Oleh ARR RAHMAN MOHAMED ZAKARIA

JELUTONG, 29 OGOS – “Kalah dan menang dalam perjuangan bukan ukuran, Allah tidak akan persoalkan di akhirat”

“Allah akan bertanya samada kita buat kerja Islam ataupun tidak untuk masuk syurga Allah.”

Itu antara ucapan Yang Dipertua PAS Kawasan Tanjong, Yacoob Omar sebagai pembakar semangat anak muda PAS Kawasan Jelutong dan Tanjung pada Sabtu lalu.

Yacoob turut berkongsi sejarah PAS Jelutong dan Tanjong untuk dijadikan iktibar kepada pemuda-pemuda kedua-dua kawasan.

“Kawasan Jelutong ditubuhkan sekitar tahun 90an dan memerlukan banyak tenaga dan usaha yang jitu untuk membina kekuatan,” kata beliau.

Program Sembang Santai ini diadakan di PASTI Sungai Pinang hasil kerjasama Pemuda PAS kawasan Jelutong dan Tanjong.

Program ini bertujuan untuk merapatkan ukhwah antara pemuda PAS kawasan Jelutong dan Tanjong untuk memudahkan gerak kerja dakwah, tarbiyyah dan siyasah di semua peringkat.

Turut hadir menyerikan program adalah Timbalan YDP PAS Tanjong, Idris Abdullah dan Setiausaha PAS Kawasan Tanjong, Anas Soffy Abd Wahid.