Home Berita PAS Perak

YB Razman Tegas Bukan Fitnah: Suarakan Isu Demi Kedaulatan Negara

29
SHARE

IPOH, 16 April 2025 – ADUN Gunung Semanggol, YB Haji Razman Zakaria tampil menjelaskan kedudukan beliau berhubung tiga pertuduhan di bawah Peraturan Tetap Dewan Negeri Perak yang dikaitkan dengan kenyataannya dalam isu pengibaran bendera China di Teluk Intan.

Menurut beliau, kenyataan yang dibuat dalam persidangan Dewan sebelum ini tidak membawa niat untuk menabur fitnah atau menyentuh sensitiviti mana-mana kaum, sebaliknya bersandarkan laporan rasmi dan semangat mempertahankan kedaulatan negara.

“Saya hanya membawa suara rakyat yang membuat laporan polis tentang kejadian itu. Tugas saya sebagai wakil rakyat adalah memastikan isu seperti ini tidak dipandang ringan, apatah lagi melibatkan imej negara,” katanya dalam kenyataan bertulis.

Dalam isu mengaitkan ADUN Pasir Berdamar dan ADUN Kepayang, YB Razman menjelaskan bahawa gambar mereka memang tertera pada sepanduk rasmi program berkenaan. Malah, video berkaitan juga pernah dimuat naik oleh pihak terlibat sebelum dipadamkan selepas isu menjadi tular.

“Saya tidak pernah menuduh secara terus. Tetapi apabila wajah mereka ada di sepanduk program yang berkait dengan kontroversi, adalah wajar saya bangkitkan perkara itu untuk penjelasan.”

YB Razman turut menolak dakwaan bahawa kenyataan beliau berbaur perkauman atau menghasut. Kenyataan seperti “kulit, mata dan darah macam saya” sebenarnya membawa mesej patriotik – menekankan bahawa rakyat tempatan seharusnya mengutamakan negara sendiri.

Menutup kenyataan, YB Razman menegaskan bahawa beliau akan terus bersuara dalam isu-isu penting negara meskipun ditekan dari pelbagai sudut.

“Saya tidak gentar untuk bersuara demi rakyat dan agama. Kebenaran tetap kebenaran. Tugas kita sebagai wakil rakyat bukan sekadar duduk, angguk dan diam.”