Home Artikel PAS Perak

YB Razman Rai Pelajar OKU SKBS

389
SHARE

Image may contain: 1 person, outdoorBAGAN SERAI, 05/08/2020.

Memulakan jadual yang pertama hari ini seawal jam 8 pagi YB Tuan Haji Razman Zakaria tiba di Sekolah Kebangsaan Bagan Serai (SKBS) dalam rangka menghadiri jemputan ke ‘Program Lawatan Kerja Dan Pelajar OKU’.

Ketibaan disambut Penolong Kanan Hal Ehwal murid En. Musa Jalani, para guru dan kakitangan yang bertugas.

Kemudian YB dibawa ke dewan himpunan untuk mendengar taklimat ringkas dari pihak sekolah seterusnya memberikan ucapan.

Dalam ucapannya YB merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak sekolah diatas kesungguhan dalam melaksanakan tanggungjawab mendidik lebih-lebih lagi terhadap murid OKU di mana kesabaran yang tinggi diperlukan berbanding murid yang normal.

Beliau yang juga Exco Pendidikan Perak turut menyatakan komitmen untuk menjadikan negeri Perak sebagai top 5 dalam ranking pendidikan negara di samping berusaha untuk merialisasikan kewujudan sekurang-kurangnya satu sekolah berasrama penuh di daerah Kerian ini khususnya di Bagan Serai.

Dengan jumlah 71 pelajar OKU SKBS merupakan sekolah yang tertinggi mencatatkan pelajar Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dalam daerah Kerian

Selesai berucap YB yang lebih mesra dipanggil ‘Pakteh’ meraikan pelajar OKU yang hadir dengan menghulurkan sumbangan duit raya. Program diakhiri dengan sesi bergambar bersama guru dan jemputan. Turut hadir Pegawai Angkat SKBS dari PPD Kerian En. Riduan dan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah En Rosli.Image may contain: one or more people, people standing and outdoorImage may contain: 2 people, outdoorImage may contain: one or more people, people on stage and outdoor