Home Berita PAS Perak

YB Razman Kesal Pengusaha Asal Tidak Diberi Tempat

615
SHARE
BAGAN SERAI
“Kita merasa kesal dengan keadaan ini. Mereka adalah pengusaha yang sangat berpotensi. Tidak semua pengusaha kolam ikan mampu membuat benih ikan siakap sendiri, tetapi mereka mampu.
“Sepatutnya mereka ini dibantu. Kemahiran yang ada pada mereka sangat tinggi nilainya. Seharusnya mereka diberi tempat dan ruang supaya teknologi yang dimiliki dapat dikembangkan lagi seterusnya memberi keuntungan kepada negara”.
Razman berkata demikian dalam lawatannya bersama pegawai dari Pejabat Daerah dan Tanah Kerian ke kolam ternakan ikan siakap yang diusahakan oleh Haji Tan di Sungai Protan.
Dalam lawatan tersebut beliau yang juga adun Gunung Semanggol menyelami permasalahan pengusaha di mana mereka tidak lagi diizinkan berada disitu kerana tapak sedia ada telah diserahkan kepada pihak lain.
Menurut maklumat awal yang diterima, tapak berkeluasan melebihi 200 ekar tersebut telah diserahkan kepada NCER dalam bentuk TOL (sementara) dan telah melantik Hannan group serta dipecahkan kepada beberapa pengusaha untuk dimajukan.
Selepas habis tempoh ‘penyerahan sementara’ tanah tersebut telah diserahkan kepada SEDC yang mana kemudiannya pada 2019 telah melantik sebuah syarikat lain untuk memajukan kawasan tersebut secara pajakan.
Sementara itu pengusaha pula menyatakan dalam tempoh bersama Hannan Group tersebut tiada perbincangan serius berkait keadaan dan permasalahan dihadapi.
YB yang juga ahli Majlis mesyuarat Kerajaan Negeri Perak dalam komitmennya menyatakan akan cuba melihat ruang yang ada untuk membawa perkara tersebut kepada penyelesaian yang lebih baik.
Di samping itu beliau juga akan berbincang dengan pihak berwajib supaya dapat mengangkat kebolehupayaan pengusaha dalam meningkatkan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan setempat.
Lawatan diakhiri dengan tinjauan dari menara untuk melihat secara lebih jelas keseluruhan kawasan yang diusahakan.