Home Berita PAS Pahang

YB PJ Pahang Ustaz Rosli Memasak untuk kakitangan HTAA

3663
SHARE

Ustaz Rosli Abdul Jabbar Pesuruhjaya PAS Pahang / Adun Tanjung Lumpur ketika di dapur.

Beliau bersama sama dengan sahabat sahabat dari PAS Kawasan Kuantan itu masak di dapur Maahad tahfiz Darul Fikri berhampiran rumahnya setelah mengikut SOP PKP ketika ini.

YB Tanjung Lumpur, Ustaz Rosli Abdul Jabbar yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Pahang turut bersama membantu meringankan beban kakitangan hospital HTAA Kuantan.

Beliau telah memuat naik berkenaan hal ini di facebook miliknya, “Alhamdulillah, saya di dapur, kami membantu sekadar mampu, penyediaan makanan untuk petugas yang bertungkus lumus membantu pesakit covid19 HTAA, terima kasih KKM sentiasa mengawasi, memantau dan memberikan pandangan terhadap kerja-kerja kami agar sentiasa mengikut SOP. Kepada masyarakat diluar sana, kalau tak mampu sumbang tenaga, mari sumbang pitih, kami masih memerlukan.”

Bersama lah kita membantu sekadar termampu dan mendoakan agar semua kakitangan pihak kesihatan dari KKM dan semua petugas di hospital seluruh negara agar mereka terus cekal dan kuat untuk menjalankan tugas getir ini.

Semua rakyat juga di harapkan dapat sama menurut perintah untuk terus tinggal di rumah dan mendoakan yang terbaik buat negara. Doakan supaya Allah menyelamatkan kita semua dari virus Convid19 ini. Amin.

Sahabat PAS Kawasan Kuantan yang turut bersama.