Oleh: Banglem
Semalam YB Haji Razman Zakaria berkesempatan menghadirkan diri dalam lawatan kerja di Pusat Pemberian Vaksin Industri Agromakanan di Dewan Persatuan Pendidikan Moral Chin Tai Kok, Pantai Remis, Manjung.
Menurutnya, usaha pihak kerajaan amat jelas untuk memastikan para nelayan yang terdiri daripada Kru Vesel penangkapan ikan dan pekerja ladang akuakultur diberikan keutamaan dan peluang untuk mendapatkan vaksin.
Hal ini penting, bagi memastikan mereka tidak terdedah kepada risiko wabak Covid 19 dan seterusnya bekalan makanan negara tidak terjejas.
Turut hadir bersama Yang Berusaha, Puan Hajah Noraishah Binti Hashim, Pengarah Perikanan Negeri Perak, Encik Salehuddin Bin Ismail,Ketua Cawangan Pengembangan Perikanan Negeri Perak, Encik Izharuddin Bin Ariffin, Ketua Perikanan Daerah Manjung, Tuan Haji Zakaria Bin Hashim, Ahli Majlis Perbandaran Manjung, Encik Ahmad Azmi Bin Ismail, Ahli Majlis Perbandaran Manjung dan Wakil Pengendali PPV, Syarikat QueueMed Healthtech Sdn Bhd.