Home Berita PAS Pahang

YB Jengka ; rakyat terus diutamakan

321
SHARE

26 Jan 2021

KUALA KRAU, 26 Jan : YB Jengka; Ustaz Shahril Azman, Ahli Majlis Daerah Maran Hj.Nasarudin bersama SU Majlis Daerah Maran Puan Wan Norizan, Penolong Jurutera En.Yusri ,Pengurus Cawangan Jengka MDM En.Zulkarnain meninjau jalan jalan yang rosak sekitar Nadi Kota di Bandar Jengka pagi ini.

” Kemudahaan serta keperluan masyarakat menjadi tanggungjawab bersama yang patut diberikan keutamaan dalam menjamin keharmonian rakyat, oleh itu ia perlu dibaiki segera jika berlaku kerosakan ” ujar YB Ustaz Shahril Azman semasa bersama pihak Masjis Daerah Maran meninjau keadaan kerosakan jalan tersebut.

Rombongan tersebut juga dibawa meninjau keadaan kerosakan yang berlaku di sekitar Pasar Borong Jengka. Pagar dan tandas juga perlu kepada pembaikan. Penurapan bahagian yg berlubang akibat banjir juga perlu dilakukan.SU Majlis Daerah Maran Puan Wan Norizan berkata ” Kita berusaha untuk mendapatkan peruntukan bagi membaikpulih kerosakan yang berlaku “.