Gunong Semanggol 27 Mei : Selesai Solat Isyak dan Tarawih di Surau Parit Dua Padang Lalang semalam, pada jam 0100 pagi YB Haji Razman Zakaria turun bersama bagi memberi bantuan serta meninjau keadaan beberapa kawasan penduduk kampung yang ditimpa banjir semalam.
Ini berikutan dari maklumat amaran ribut petir yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia,Kementerian Sains, Teknologo dan Inovasi pada 26 Mei 2018 berlaku hujan lebat di beberapa kawasan sekitar utara negeri Perak.
Antara yang menerima kesan buruk dari hujan lebat semalam adalah di DUN Gunong Semanggol yang dinaiki air sejak hujan lebat yang berlarutan hingga ke malam.
Lawatan juga dibuat bagi mendengar dan melihat sendiri keluhan dari penduduk di sekitar PPRT Lembah Beriah yang merupakan kawasan yang kerap dilanda banjir.
Lawatan ADUN Gunong Semanggol itu juga turut disertai oleh Jabatan Amal yang turut membantu .