Home Berita PAS Terengganu

YB Bertanggungjawab, Mudah Dihubungi Jadi Pilihan Anak Muda

148
SHARE

Oleh: Afifah Razak

SEKIJANG , 11 Mac 2022 – Pemimpin bertanggungjawab dan mudah dihubungi menjadi ciri wakil rakyat pilihan anak muda yang akan mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac nanti.

Pengundi kali pertama, Nurul Nabila Misnan, 19, berkata dua kriteria itu menjadi asas penting sebelum dia memberi undi kepada mana-mana calon.

“Tidak dinafikan ada perasaan gementar untuk mengundi kerana tidak tahu proses pengundian yang bakal dijalankan.

“Namun, tanggungjawab ini akan saya tunaikan kerana ia peluang untuk saya mencorak kepimpinan negeri,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, Hakim Zainal, 35, berkata, pemimpin yang mudah dihubungi dan ada ketika rakyat susah akan menjadi pilihannya.

“Saya nak pilih parti yang senang untuk saya berhubung dan calon tersebut perlulah sebangsa, seagama dengan kita.

“Pilih pemimpin yang terbaik untuk rakyat, senang nak mintak bantuan,” katanya yang merupakan peniaga di Medan Selera Kak Rose.

Berdasarkan tinjauan di lapangan, Parti Perikatan Nasional yang menampilkan calon tempatan iaitu cikgu Mala atau Normala Sudirman menjadi pilihan warga Kemelah bagi PRN Johor pada kali ini.