Home Artikel PAS Pahang

YB ADUN TG. Lumpur Bantu Pelajar Miskin dan Yatim

973
SHARE

Kuantan, 7 Disember – YB Ust. Rosli Abd Jabbar, Adun Tg. Lumpur menyantuni anak-anak miskin & yatim untuk kelengkapan pakaian sekolah hari ini.

Seramai 15 orang pelajar yang terdiri daripada anak miskin & yatim terlibat dalam program bantuan kelengkapan sekolah yang dibuat setiap tahun oleh pihak pejabat Dun Tg. Lumpur.

Setiap pelajar menerima sepasang pakaian sekolah, beg, sepasang kasut dan kotak pensil untuk persiapan menghadapi persekolahan tahun 2018.

“Kita masih lagi berusaha mencari sebanyak mungkin sumbangan untuk membantu pelajar-pelajar miskin dan yatim ini melalui jualan kupon sumbangan pakaian sekolah sebanyak RM100 perkupon.

“Kupon sumbangan berjumlah RM100 ini boleh didapati di Pejabat Adun Tg. Lumpur di Tg. Lumpur dan Sg. Isap,” ujar YB Ust. Rosli yang juga merangkap Pesuruhjaya Pas Pahang.

Program bantuan pakaian sekolah ini adalah antara program kebajikan tahunan yang dibuat pada hujung tahun oleh Adun Tg. Lumpur.