Home Berita PAS Terengganu

Yayasan PETRONAS taja 735 pelajar Terengganu

341
SHARE

Oleh:Zulfahmi Abd Halim

KUALA TERENGGANU, 12 Ogos – Yayasan PETRONAS telah memberikan tajaan kepada 735 pelajar menerusi program tanggungjawab sosial (CSR) CERDIK bagi membolehkan pelajar meneruskan pembelajaran secara dalam talian dari rumah.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pelajar ini dipilih dari lima buah daerah untuk menjadi penerima iPad, papan kekunci Logitech dan pelan jaringan Maxis dengan pakej pendidikan.

“Jumlah keseluruhan sumbangan program CERDIK tajaan Yayasan PETRONAS ini adalah RM1.8 juta untuk negeri Terengganu sahaja,” katanya.

Jelas Ahmad Samsuri, pembangunan industri ini sekali gus membantu rakyat di negeri ini menikmati limpahan manfaat ekonomi dan kesejahteraan komuniti.

“Besar harapan saya agar kerjasama dan hubungan baik antara Kerajaan Negeri Terengganu dan PETRONAS ini berterusan ibarat kata orang tua-tua, “pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan, batu segiling pecak setapik”, ujarnya setelah Sesi Gimik Sumbangan CERDIK secara atas talian.