Home Berita PAS Selangor

Yayasan Amal Malaysia cawangan Selangor sumbang RM30 ribu – Yayasan Amal Selangor

387
SHARE

“Saff Bahtera BPPNS” | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi

Kota Raja | Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor turut terpanggil untuk mencari dan mendapatkan sumber dana untuk perjuangan sahabat-sahabat Palestin dan telah berjaya mengumpulkannya untuk diserahkan.
Memetik daripada sumber Yayasan Amal tersebut iaitu Tuan Haji Yusuf Abdullah, penyerahan fasa pertama kutipan Tabung Malaysia Aid Palestin Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor telah mencapai sasaran awal iaitu sebanyak RM30,000.
“Ayuh kita teruskan lagi usaha murni rakyat Malaysia bersama buktikan bahawa mereka tidak bersendirian tatkala berduka akibat kemusnahan dan kezaliman menimpa saudara-saudara kita di Palestina. Sasaran bagi fasa kedua keseluruhan sebanyak RM100,000.00”, ujar beliau lagi.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor