Oleh : Ustaz Hanif J
Ini antara tips bagi menghadapi temuduga yang pernah dikongsikan kepada saya oleh seorang doktor yang kerap menjadi penemuduga jawatan-jawatan Kerajaan.
Hadir temuduga sememangnya membuatkan kita kecut perut tak senang duduk selagi tak selesai temuduga. Dalam masa yang sama kita perlu memberikan yang terbaik agar kita berjaya dalam temuduga.
Yakin dan confident merupakan salah satu elemen penting untuk berjaya dalam temuduga. Muka kene yakin jangan sesekali rasa ragu dengan jawapan yang diberikan miskipun hati rasa ragu-ragu kecuali ianya dibetulkan oleh penemuduga.
Antara tips yang dikongsikan juga,
- pastikan kita membuat kajian sebelum pergi temuduga sekurang-kurangnya kita ada maklumat yang ingin di”goreng”
- Sediakan semua dokumen yang diperlukan dan buat semakan sebelum bergerak agar tiada yang tertinggal. Kalau ada yang tertinggal memang kesilapan besar nampak sangat kita culas.
- rancang perjalanan sebaiknya agar sampai lebih awal dan tidak terlewat. Seandainya terlewat ia petanda awal anda tidak akan diterima.
- Tenang ketika sesi temuduga, basahkan lidah dengan zikir dan baca surah “alam nasyrah” minta supaya dimudahkan lidah untuk bertutur.
Selebihnya atas korang ye
Gambar : Contoh muka yakin & confident
Berapa ramai agaknya yang baca isi berbanding tengok gambar je.
Ustaz Hanif Jamaluddin
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor