Home Berita PAS Pulau Pinang

Yang Dipertua PAS Nibong Tebal bantu mangsa ribut

14
SHARE

Oleh: NAZRI ABD HAMID Foto: ISWARDI ISMAIL

NIBONG TEBAL, 15 SEPTEMBER – Yang Dipertua PAS Kawasan, Nor Zamri Latiff bersama AJK Khidmat Malaysia serta Badan Bukan Kerajaan(NGO) Alternatif 4×4 Club, telah menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa ribut disini hari ini.

Turut sama dalam ziarah itu Ketua Pemuda, Zulazhar Mohamad dan Pengarah Jabatan Pilihanraya Muslimat PAS, Musalmah Yusop.

Ribut kencang yang melanda beberapa kawasan di negeri ini minggu lepas menyebabkan banyak kediaman penduduk rosak.

Terdapat 19 kediaman mengalami kerosakan struktur dari kejadian yang dilapurkan berlaku sekitar jam 5.30 petang itu dengan masing masing 15 di Taman Tasek Maju,4 rumah di Tasek Chempedak.

“Kami menyerahkan bantuan awal bagi bencana ini,berupa hamper barangan dapur dan wang tunai dari Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Nibong Tebal dan NGO A4C yang di wakili oleh Pengarah Alternatif 4×4 Club (A4C), Fadzil Baharom.

Nor Zamri Latiff berkata, selain rumah penduduk, hujan lebat dan angin kencang turut mengakibatkan pokok tumbang dan tiang elektrik mengalami kerosakan.

Seorang mangsa di Taman Tasek Maju, menceritakan, semasa kejadian ibu beliau ketika itu sedang minum petang bersama anaknya.

“Bunyi angin yang kuat telah mengejutkan ibu saya dan sekali gus atap dan kayu telah tercabut di bumbung rumah. Ibu cepat-cepat bawa lari anak saya ke ruang tamu. Alhamdulillah kedua-duanya selamat,” katanya.

Beliau merasa bersyukur dengan sumbangan yang diterima kerana dapat meringankan bebanan keluarganya dan memuji sikap prihatin PAS Kawasan Nibong Tebal.