Home Berita PAS Pahang

YB Jengka Nasihat Penduduk Supaya Bersabar

544
SHARE

Bandar Jengka 19 Feb : Yb Ustaz Shahril Azman meninjau ke Taman Jengka Mahkota dan Taman Jengka Indah yang dikenakan PKKL.Info daripada Pengerusi KRT Taman Jengka Mahkota En.Hairol Nazim menyatakan ” agar penduduk dapat bertenang dan bersabar dalam menjalani perintah PKKL ini.Segala keperluan akan sentiasa dipantau mengikut suasana dan sumbangan akan diberikan dari masa ke semasa.

YB Ustaz Shahril Azman berkata ” dalam tempoh PKKL ini segala aktiviti perlu dipatuhi kerana arahan tersebut akan memberikan kesan jika ada yang melanggarnya, bagi memutuskan rantaian Covid 19 dari terus merebak “.

Bagi pelajar yang menduduki peperiksaan SPM pihak PPD Daerah Maran menyediakan kemudahan bas bagi mengambil dan menghantar ke sekolah , oleh itu penjaga tidak perlu risau.

Selama dua minggu tempoh PKKL ini diharapkan agar penduduk dapat bertenang dan bersabar agar pihak berwajib dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih berkesan semoga dapat pulih seperti sediakala.