Home Artikel PAS Perak

Wisma Amanah Perak Berjaya Ditawan PAS Kembali

91 views
SHARE

Wisma Amanah Perak Ditawan PAS Kembali


PARIT: Sebuah markaz PAS Cawangan Kampung Kuchai, PAS Kawasan Parit yang pernah dirampas oleh Parti Amanah Negara berjaya ditawan PAS setelah hampir dua tahun lalu, demikian menurut Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Parit, Hasan Aladi, 7 April.

Jelasnya, tanah dan bangunan tersebut adalah milik arwah Haji Ahmad Ibrahim bagi kegunaan PAS Cawangan Kampung Kuchai dengan hasil usaha orang tempatan, serta sumbangan ahli-ahli PAS.

Beliau berkata, setelah berlaku ahli-ahli PAS keluar menyertai Parti Amanah Negara (PAN) mereka telah merampas premis tersebut dengan mengubah warna oren pada bangunan dan diperkenalkan sebagai Wisma Amanah yang pertama di negeri Perak.

“Kini tanah ini ahli keluarga pemilik tanah telah menjualkan tanah tersebut kepada saya maka secara rasminya tanah itu menjadi milik saya.

“Dengan pemilikkan tanah ini membuatkan mereka marah dan kecewa sehingga sanggup merobohkan bangsal tempat masakan serta bertindak mencabut bumbung markaz.

“Tindakan mereka bukan sekadar itu sahaja bahkan semua peralatan seperti televisyen, pembesar suara, kerusi dan beberapa peralatan lain juga dirampas kerana mereka mendakwa segala barang-barang itu milik mereka,” ujarnya.

Hasan menyatakan kunci telah diserahkan kepada wakil cawangan namun ahli PAS Cawangan Kampung Kuchai bersikap lapang dada sepanjang rampasan markaz tersebut kerana menghormati undang-undang negara tanpa sebarang provokasi.

Beliau bersyukur dapat menawan semula markaz itu sekaligus meneruskan legasi Haji Ahmad Ibrahim dan seluruh ahli PAS cawangan gembira dengan usaha tersebut.

Satu majlis pembukaan semula markaz itu bakal diadakan pada 23 April sempena lawatan kerja Ahli Badan Perhubungan PAS Perak ke Kawasan Parit.

Mohon sumbangan utk baik pulih markaz Pas Kuchai, Parit. Sumbangan Salurkan kpd Pas Kawasan Parit (Bank Islam : 0801 3010 0057 33)

{jathumbnail off}