Home Berita PAS Selangor

Waspada Air Pasang Besar Di Sabak Bernam | Khabar PAS Kawasan Dari Negeri Selangor

1519
SHARE

Oleh : PAS Kawasan Sabak Bernam

Sabak Bernam | 19 September 2020

Merujuk kepada jadual air pasang surut – Pelabuhan Klang (Pusat Hidrografi Nasional) kawasan pantai dari Sabak Bernam sehingga ke Sepang berisiko menghadapi air pasang besar bermula bulan September sehingga November 2020.

Sebagai langkah keselamatan dan pencegahan awal, adalah di harapkan supaya tiada sebarang aktiviti di sepanjang pantai khusus di Sabak Bernam sepanjang tempoh tersebut.

Justeru, di atas dasar tanggungjawab bersama Khidmat Malaysia kawasan Sabak Bernam mengambil inisiatif untuk membuka bilik gerakan di Markaz PAS Parit Baru

Khidmat Malaysia adalah agensi kebajikan dan persiapan bencana di bawah Parti Islam Semalaysia (PAS). Ini sebagai medium bagi PAS bersama dengan masyarakat khusus dalam menghadapi bencana ini.

Kita doakan semoga fenomena air pasang besar ini berlaku dlm keadaan terkawal dan tidak memudharatkan masyarakat setempat.

Hj Sulam Bin Askandar
Penyelaras Khidmat Malaysia
Kawasan Sabak Bernam
Tel : 019-2642599

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor