Seorang lagi wartawan Palestin menjadi Sasaran dan dibunuh tentera Rejim Zionis dalam serangan Israel di selatan Semenanjung Gaza pada hari Selasa, meskipun terdapat perjanjian gencatan senjata yang ditaja oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Sumber perubatan memberitahu, wartawan foto Mahmoud Wadi terkorban apabila serangan dron Israel di tengah Khan Younis, sebuah kawasan yang tidak berada di bawah zon kuning yang dikawal Israel.
Menurut angka terkini yang diterbitkan pada akhir Oktober, Israel telah membunuh 256 orang wartawan di Gaza sejak perang bermuka 8 Oktober 2023.
Kematian Mahmoud Wadi menjadikan jumlah korban kepada 257 orang.
Institusi media antarabangsa telah berulang kali meminta Israel menghentikan serangan maut terhadap wartawan Palestin di Semenanjung Gaza, tetapi Tel Aviv telah mengabaikan rayuan ini.
Rakyat Palestin melihat penyasaran sengaja wartawan Palestin oleh tentera Israel di Semenanjung Gaza sebagai percubaan untuk menutup jenayah mereka di wilayah itu.
Perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa di Gaza pada 10 Oktober di bawah rancangan Trump di Gaza, menghentikan serangan Israel selama dua tahun yang telah membunuh lebih 70,000 rakyat Palestin.
Kebanyakan korban adalah dalam kalangan wanita dan kanak-kanak, dan lebih 171,000 yang lain cedera.
Israel telah berulang kali melanggar perjanjian dengan melepaskan tembakan ke arah orang awam Palestin di kawasan yang tidak dikawalnya di bawah perjanjian itu.
Sebaliknya, kumpulan pejuang Palestin Hamas telah mengumumkan komitmen penuhnya terhadap terma perjanjian dan menggesa AS untuk menekan Israel agar mematuhinya.
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, sekurang-kurangnya 356 rakyat Palestin telah terbunuh dan lebih 900 yang lain cedera dalam serangan Israel sejak gencatan senjata.




