Labuan, 24 Mac 2024- Program Ziarah MOSWAY, hari ini, diteruskan lagi dengan menyasarkan 5 buah keluarga berkeperluan yang masing-masing menetap di Kampung Belukut, Kampung Sg Bedaun dan Kampung Layang-Layangan.
Rombongan ziarah ini diketuai sendiri oleh YDP PAS Labuan, Tn Hj Hamir bin Zahari. Sumbangan berupa barangan makanan telah disampaikan dan sumbangan ini adalah hasil daripada kutipan infak ahli-ahli PAS Labuan sendiri.
Rombongan ziarah mendoakan agar semua keluarga yang menerima sumbangan dapat diringankan bebannya dalam menempuhi bulan puasa dan diberikan kesabaran oleh Allah SWT serta dipermudahkan segala urusan seterusnya.
Turut hadir, Timbalan Yang Dipertua, Ustaz Ahmad Junid bin Mohd Aling, Naib Yang Dipertua, Hj Abdul Rahim bin Mohd Salleh, Setiausaha, Sitti Salma binti Ambo, Penolong Setiausaha 1, Muhammad Faiz Sahat, Penolong Setiausaha 2, Hasni binti Rajak, Bendahari, Haslina binti Haris dan Ketua Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial, Ustaz Masdaud bin Mapalili, Wakil daripada Dewan Pemuda, Abdul Hafiez Sulaiman, berserta kru Media Kebajikan, Hj Mohd Hanifa bin Dawood dan Mardeena Din.
Ziarah MOSWAY siri 2 ini berakhir dengan menziarahi tapak Gerai Anjung Ikan Bakar, Kampung Lubuk Temiang yang mengalami kebakaran sekitar jam10.45 malam semalam.