Home Rencana PAS Wilayah

Warkah Maal Hijrah 1443H YDP PAS Wangsa Maju

162
SHARE

Alhamdulillah, kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnianya kita dapat memasuki tahun baru 1443 hijrah.

Firman Allah Taala yang bermaksud:

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.” (Ali-Imran: 103)

Kesatuan umat Islam digerakkan oleh Rasulullah SAW melalui tindakan proaktif mempersaudarakan kaum Aus dan Khazraj, selain menyatukan golongan Ansar dan Muhajirin di Madinah. Persengketaan Aus dan Khazraj yang sekian lama itu berjaya diruntuhkan oleh Baginda saw melalui persaudaraan, manakala rasa terasing orang Muhajirin dapat dipadamkan melalui persaudaraan dengan orang Ansar, sekali gus memudahkan Rasulullah saw mewujudkan suasana aman dan sejahtera di Madinah.

Umat yang menjiwai makna kesatuan ialah umat yang sentiasa terbuka minda, berlapang dada serta saling menghormati antara satu sama lain. Umat yang memahami harga sesebuah perpaduan yang tiada ternilai harganya pasti tidak akan membuat desakan yang boleh menerbitkan bibit-bibit permusuhan yang boleh meranapkan kesatuan ummah.

‘Manhaj Rabbani, Ummah Berkuakiti’

Ustaz Abdul Rani Bin Mohamed Daud
YDP PAS Kawasan Wangsa Maju