Home Berita PAS Selangor

Waris ahli keluarga terkorban COVID-19 telah disantuni – PAS Kawasan Kapar

141
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kapar

Oleh : Umar Al-Hayawi

MERU, 6 September – PAS Kawasan Kapar hari ini telah turun menyantuni waris ahli keluarga yang terkorban COVID-19. PAS kawasan Kapar telah menyampaikan sedikit sumbangan barangan dapur dan wang sebagai tanda kasih sayang bagi pihak PAS Selangor. Rombongan turut merakamkan Salam Takziah kepada waris ahli keluarga yang terlibat.

Ustaz Noor Najhan bin Mohamad Salleh selaku Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Selangor merangkap Yang DiPertua PAS kawasan Kapar telah mengetuai sesi turun padang ini. Turut bersama-sama saudara Kahar Muzakir bin Munawir, Naib Yang DiPertua PAS kawasan Kapar bersama-sama pimpinan masyarakat setempat.

Semoga sumbangan dan santunan tersebut dapat mengubat sedikit luka dihati mereka dan juga semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan ketabahan buat mereka dalam mengharungi ujian kehilangan ahli keluarga tercinta dimusim pandemik COVID-19 ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor