Home Berita PAS Terengganu

Warga Terengganu dijemput memeriahkan Karnival TIEP

12
SHARE

KUALA TERENGGANU – Seluruh warga Terengganu dan sekitarnya dijemput untuk memeriahkan Karnival Terengganu International Endurance Park (TIEP)2025.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia diadakan bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-63 Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

“Akan diadakan pada 16 sehingga 18 Mei ini bertempat di Terengganu International Endurance Park, Lembah Bidong Setiu,” ujar beliau melalui kenyataan di media sosialnya, di sini.

Menurut Ahmad Samsuri, pelbagai pengisian menanti pengunjung yang hadir.

“Termasuk pertunjukan sukan lasak, perarakan kuda berhias, aktiviti komuniti, persembahan kebudayaan dan sebagainya.

“Jumpa di sana,”ujarnya.