Home Berita PAS Terengganu

Warga Kemboja terkesan PKP dibantu Iman Care

93
SHARE

Oleh :Amar Jaafar

KUALA TERENGGANU,18 Jun – NGO Iman Care yang merupakan salah satu ngo yang aktif dalam kerja kebajikan di Terengganu, Syiria, Palestin hari ini menyampaikan bantuan kepada 7 keluarga warga Kemboja yang menetap di Kg Gelung Gajah, Kuala Terengganu.

7 keluarga warga kemboja ini merupakan antara yang terkesan kerana berada dalam kawasan PKPD Mukim Bukit Besar yang diperintahkan untuk menjalani PKPD sehingga hari ini.

JPKK Gelung Gajah dan Pusat Khidmat Adun Batu Buruk ketika dihubungi mengucapkan jutaan terima kasih kepada NGO yang sanggup membantu dan mengalu-alukan mana-mana NGO untuk sama-sama meringankan beban rakyat dalam dun berkenaan