Home Berita PAS Sabah

Wanita dipandang mulia selepas kedatangan Islam

123
SHARE

Oleh: Aizal Samsaruddin
14 Mac 2023

SANDAKAN: Kedudukan darjat wanita dipandang mulia selepas kedatangan Islam.

Menurut Ketua Dewan Muslimat PAS Sabah, Norsah Bongsu, sebelum kedatangan Islam, golongan wanita hanyalah sebagai alat untuk melahirkan anak semata-mata.

“Dalam Islam, wanita itu amat dijaga dan dilindungi.

“Sehinggakan ada surah khusus yang menceritakan perihal wanita di dalam Al-Quran iaitu Surah An-Nisa’,” katanya dalam program Sembang Santai di Mydin Sejati Walk, di sini, Sabtu lalu.

Program anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Nisa’ itu telah membincangkan tajuk ‘Wanita High Class’.

Norsah berkata, wanita akan tergolong dalam kalangan ‘Wanita High Class’ selagi mana ia menjaga hubungannya dengan Allah.

Tambahnya, selagi mana wanita itu taat kepada perintah Allah, Rasul dan suami, mengikut syariat serta memelihara maruah diri ketika ketiadaan suami, maka mereka akan sentiasa tergolong sebagai wanita high class.

“Zaman ini sangat mencabar sehinggakan sukar untuk membezakan antara baik dan buruk, benar ataupun salah.

“Saya ingin mengajak semua wanita kembali kepada pentafsiran wanita high class mengikut tafsiran Islam,” ujarnya.

Ini kerana tahap itu melayakkan wanita mencapai kemuliaan di dunia dan akhirat.

Turut bersama dalam program itu ialah guru Sekolah Tadika Baghdadi Ceria Sandakan, Nurjannah Talib dan guru Bahasa Arab SMK Sandakan, Wardatul Azmah Apin