KUALA TERENGGANU – Wanita desa di Terengganu kini muncul sebagai antara peneraju utama dalam menggerakkan sektor pelancongan komuniti.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, penglibatan aktif telah memberi impak besar kepada pembangunan ekonomi setempat.
“Pengusaha inap desa adalah kalangan wanita. Sebagai contoh di Kampung Mangkuk, Setiu.
“Bukan sekadar bagi sewa tapi memberi pelancong sebuah sebuah pengalaman kehidupan kampung,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Wanita Terengganu Berinformasi yang diadakan di Dewan PPR Hiliran, semalam.
Walau bagaimanapun, penyertaan wanita Terengganu dalam bidang pemandu pelancong bertauliah masih rendah berbanding negeri lain seperti Kelantan, yang telah berjaya melahirkan ramai pemandu pelancong wanita Muslimah.
“Di Kelantan, ada pemandu pelancong wanita muslim. Mereka bagi gambaran keislaman produk islam di negeri kelantan. Alhamdulillah mereka berjaya,” ujarnya.
Sebaliknya kata beliau, di Terengganu, wanita tidak berminat dengan program berkait dengan seminar.
“Kita ada juga produk pelancongan tempatan dipanggil ‘Community Beach Tourism’ satu Produk baru.
“Ada yang berjaya dan produk makan tradisi cukup hebat, contoh keropok lekor, nasi dagang, 70 peratus dalam bidang pelancongan,” tambah beliau lagi.