WANITA BANGKIT MENDEPANI CABARAN
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada seluruh wanita di Malaysia. Bertepatan tema pada tahun iaitu ‘Wanita Bangkit Mendepani Cabaran’, wanita perlulah melangkah maju ke hadapan menjadi perintis dalam mendidik generasi akan datang.
Ketika dunia ditimpa musibah pandemik COVID-19, para wanita juga perlu belajar bangkit dalam menempuhi segala kepayahan agar menjadi sumber kekuatan buat diri sendiri dan insan di sekeliling.
Jadikanlah Ummahatul Mukminin yang terlalu banyak diuji sebagai ikon ikutan dalam menghadapi ujian sehingga mampu bangkit mendepani cabaran.
Memetik kata-kata Badiuzzaman Said Nursi, “Wanita adalah pahlawan kasih sayang. Namun, kasih sayang yang berlebihan boleh merosakkan anak-anak jika tidak disertakan dengan didikan iman, Islam dan ihsan.” Justeru itu wanita juga perlu mempunyai ilmu pengetahuan demi mencapai keseimbangan dan kesederhanaan.
#WanitaBangkitMendepaniCabaran
#WanitaWajaNegara
#HariWanita2021