
PAS Kawasan Permatang Pauh dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Permatang Pauh Dan Dun Permatang Pasir buat pertama kali menganjurkan program Walimah Perdana 1.0 dengan jayanya.Seramai tiga pasangan pengantin diraikan dengan kehadiran seramai dua ribu tetamu jemputan
Majlis berlangsung di Dewan Mahad Dakwah Al Islamiah Padang Menora


Manakala menurut YB Permatang Pasir Tuan Haji Amir Hamzah Abdul Hashim penganjuran ini bagi meringankan beban keluarga kalangan B40 bagi mendirikan rumah tangga.Pihak penganjur tidak mengambil sebarang keuntungan hanya sedikit bayaran bagi pengurusan dan kita sebagai pemudah cara.
Bagi Ahli Parlimen Permatang Pauh YB Ustaz Fawwaz Md Jan pula berasa gembira dengan kehadiran tetamu jemputan, rakan-rakan media dan Yang Berhormat.
Menurutnya lagi ini membuktikan Pusat Khidmat Permatang Pauh sentiasa cakna dengan program-program kemasyarakatan
Untuk makluman penyediaan menu dijalankan secara gotong royong oleh cawangan-cawangan PAS.Antara menu yang disajikan adalah nasi minyak,gulai daging,ayam goreng berempah serta menu sampingan laksa,bihun sup dan kuih muih.





