Menyemarakkan Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) Berasaskan STEM
Program menyemarakkan Pendidikan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) secara atas talian peringkat negeri Perak dengan kerjasama Persatuan Teknologi Malaysia (PTM). Pada tahun lepas hanya 44% murid-murid sahaja memilih mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejurutureaan dan Matematik (STEM) berbanding dengan tahun 2012 yang merupakan 48%. Peratusan ini menurun setiap tahun sehinggalah kebanyakan sekolah terpaksa menutup aliran sains kerana gagal mendapatkan murid-murid yang mencukupi.
Kerajaan Negeri Perak bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) amatlah bimbang dengan keadaan ini dan berharap agar pendekatan proaktif diambil untuk mengubah kedaan ini oleh semua pihak. Negara kita menghadapi kekurangan bekalan tenaga kerja professional terutamanya teknologi untuk mengharungi cabaran Revolusi Industri ke-4 (IR 4.0). Oleh itu, kita hendaklah mewujudkan kesedaran sains dan teknologi di kalangan muruid-murid di peringkat sekolah rendah lagi untuk merapatkan jurang ini.
Kami menghasilkan beberapa siri video STEM khas buat murid – murid sekolah rendah di Negeri Perak dengan kerjasama Persatuan Teknologi Malaysia (PTM), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), QUEST International University dan Pro Skills Academy. Program ini disokong oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
Terima Kasih kepada Persatuan Teknologi Malaysia (PTM) diatas usaha murni ini dalam meningkatkan minat para pelajar terhadap mata pelajaran Sains, Teknologi, Matematik dan Kejuruteraan atau ringkasnya STEM.