Home Berita PAS Selangor

USUL UNDI 18: PANDANGAN PEMUDA PAS SELANGOR

1174
SHARE

Dewan Pemuda PAS Selangor menyambut baik cadangan usul menurunkan had umur mengundi daripada umur 21 tahun kepada 18 tahun, ia selaras dgn amalan PAS yg sudah lama memberi ruang penglibatan dalam politik seawal akil baligh.

Mencadangkan had umur mengundi bagi rakyat Malaysia pada umur 18 tahun adalah satu tindakan yang akan menyuburkan demokrasi dalam negara kita dan memberi _signal_ pembentukan kematangan anak muda dalam tanggungjawab kepada negara, tidak hanya sekadar terlibat dalam perkara hedonisme semata-mata seperti Tiktok, Whatsapp, dan sebagainya.

Namun, Dewan Pemuda PAS melihat sistem sokongan untuk memberi dan membentuk kematangan supaya pengundi berumur 18 tahun benar-benar merasa kebertanggungjawaban mereka untuk menjadi penentu halatuju negara.

Jangan biarkan mereka berada dalam keadaan samar dalam tanggungjawab ini. Kerana ianya melibatkan proses pembinaan kesedaran seawal tempoh pembelajaran di sekolah menengah.

Adakah pihak kerajaan bersedia untuk:

1. Memasukkan subjek Pendidikan Politik dalam sukatan mata pelajaran sekolah?

2. Membenarkan parti politik masuk ke premis sekolah sedangkan di universiti masih ada kekangan yang tebal.

Dalam masa yang sama, pengundi yang tidak berdaftar sebagai pemilih masih lagi ramai, ianya tidak menjunjung amalan demokrasi sekiranya hanya 50% rakyat Malaysia yang terlibat dalam proses pilihanraya.

Apakah saranan Dewan Pemuda PAS Selangor?

1. Menyediakan sistem sokongan khususnya dalam sukatan mata pelajaran dan modul pengajaran politik untuk memberi kesedaran kepada pengundi berumur 18.

2. Mencadangkan agar pendaftaran pemilih secara automatik dilaksanakan dan penguatkuasaan akta yang meletakkan kewajipan mengundi.

3. Kerajaan perlu bersedia membuka ruang kepada semua parti politik agar mampu membantu membentuk keterbukaan politik kepada rakyat.

4. Pemimpin-pemimpin politik tanah air samada kerajaan atau pembangkang bertanggungjawab membawa kematangan dalam berpolitik. Kematangan Politik rakyat terletak kepada kematangan berpolitik para pemimpin parti politik.

Hanafi Zulkapli
Ketua
Dewan Pemuda PAS Selangor
2019/2021

Facebook : https://www.facebook.com/dppns.org/?ref=bookmarks
Twitter : https://twitter.com/DPPNSofficial?lang=en
Instagram : https://www.instagram.com/dppns_official/?hl=en