Home Artikel PAS Perak

Ustaz Wan Ahmad Tarmizi Semakin Pulih

669 views
SHARE

Ipoh, 11 Jun 2018 : Dimasukkan pada 2 Jun 2018 yang lalu akibat dari serangan Jantung,  kesihatan Ustaz Wan Ahmad Tarmizi merangkap Ketua Penerangan PAS Negeri Perak semakin baik.

“Kita dapat melihat reaksi dan perkembangan yang positif hari ini” kata YB Haji Razman Zakaria (Pesuruhjaya PAS Perak) ketika ditemui semasa mengadakan lawatan ke Hospital Ipoh tengahari tadi.

“Marilah bersama-sama kita terus berdoa agar kesihatan beliau kembali seperti biasa” kata isteri beliau dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang telah membantu serta meringankan beban mereka sekeluarga.