Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Besar
Oleh : Shahril Rizal Saidon
Sungai Besar, 26 Ogos – Ustaz Mohd Fadzin Bin Taslimin pagi ini menziarahi keluarga Cikgu Haji Jelani yang baru kehilangan isterinya jam 12.15 malam semalam.
Almarhumah Hjh Masnun meninggal kerana mengidap kanser dan telah meninggal dunia di rumahnya di Kampung Parit 13 Lesen Sungai Nibong.
Yang Dipertua PAS Kawasan Sungai Besar, Ust Mohd Fadzin berkata Cikgu Haji Jelani merupakan Mantan Sidang dan Ketua Cawangan Umno.
Kata beliau, kanser adalah masalah kesihatan serius, dengan statistik dan prevalen penyakit itu meningkat di seluruh dunia termasuk Malaysia.
“Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan (KKM) pada 2016, kanser adalah punca kematian ketiga tertinggi di hospital kerajaan di negara ini. Kes kanser bagi lelaki kebiasaannya adalah Colorectal Cancer sebanyak 16.4 peratus, kanser paru-paru (15.8 peratus) serta Nasopharynx Cancer (8.1 peratus) manakala bagi wanita, kanser payu dara (32.1 peratus), Colorectal Cancer (10.7 peratus) dan Cervix Uteri sebanyak 7.7 peratus”, katanya.
Hadir sama, Ahli Kariah Masjid termasuk Biro Kebajikan.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor