Home Berita PAS Selangor

Ustaz Khalid Nayan kekal YDP PAS Klang – PAS Kawasan Klang

294
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Klang

Oleh : Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin

PELABUHAN KLANG, 17 Oktober – Hari ini berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Klang kali ke-36 di Dewan Kastam, Pulau Indah. Suasana ketika majlis berlangsung sangat tenang yang dimulai bacaan doa Ustaz Faizullah Ayub dan diikuti bacaan ayat-ayat suci Al Quran dalam Surah Al Ahzab bermula dari ayat 9-17 yang dibaca oleh adik Azamuddin Ilyasa’ Khalid.

Dalam mesyuarat agung kali ini, ketiga-tiga jawatan utama dalam haerarki PAS Kawasan Klang di mana calonnya menang tanpa bertanding iaitu jawatan Yang Dipertua dimenangi oleh Ustaz Khalid Nayan, jawatan Timbalan Yang Dipertua dimenangi oleh Khairuddin Jaafar dan jawatan Naib Yang Dipertua dimenangi oleh Ahmad Nizam Chek. Selain itu, 14 daripada 16 calon Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Klang juga telah menang tanpa bertanding.

Ucapan penggulungan yang mewakili perwakilan semua cawangan PAS di Klang telah sampaikan oleh Kamaruddin Ahmad Shuhaimi (PAS Cawangan Hamid Tuah) dan Ustaz Abdul Muizz Muhammad berucap mewakili Urusan Ulama’ PAS Kawasan Klang. Manakala Ustazah Noraini Hussin dan Ustaz Solihuddin Mohd Jahar telah berucap bagi mewakili Dewan masing-masing iaitu Dewan Muslimat PAS Kawasan Klang dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Klang.

May be an image of one or more people, people standing, people sitting and indoorSebelum majlis berakhir, Pengerusi Tetap Ustaz Abdul Rahman Talib menjemput Ustaz Khalid Nayan sekali lagi untuk memberi ucapan setelah berjaya mempertahankan jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Klang bagi sesi 2021/2023.

Menurut Ustaz Khalid, “sebolehnya saya amat berat hati untuk mempertahankan jawatan ini kerana sangat berat tanggungjawabnya, namun saya perlukan bantuan semua ahli jawatankuasa yang telah dilantik dan juga sokongan akar umbi untuk kita sama-sama buat kerja dalam jemaah”

Hujan lebat dan sedikit berangin pada sebelum itu telah menjadi reda sebaik sahaja mesyuarat selesai sekitar 1.30 petang.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor