Home Artikel PAS Perlis

Ustaz Idris Yaacob Kekal Teraju Ulamak PAS Perlis

264 views
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Muktamar Dewan Ulamak PAS Perlis yang berlangsung pada 14 April lalu menyaksikan Ustaz Idris Yaacob terus diberikan kepercayaan untuk meneraju dewan tersebut bagi sesi 2019-2021.

Jawatan timbalan dan naib ketua pula disandang oleh Ustaz Massaudi Din dan Ustaz Nasir Nyan.

Seramai 60 orang perwakilan dan pemerhati, hadir dalam muktamar tersebut yang diadakan di Kompleks PAS Perlis (KOMPAS) dekat sini.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hj. Hashim Jasin dan Pesuruhaya PAS Negeri Perlis, Mohd. Shukri Ramli antara yang hadir ke muktamar tersebut.

Majlis perasmian muktamar kali ke-42 itu disempurnakan oleh Pemangku Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazri Chik.

Bersempena dengan muktamar tersebut, Dewan Ulamak PAS Negeri Perlis turut mengurniakan anugerah Tokoh Jasamu Dikenang kepada Almarhum Tuan Hj. Ramli Senawi atas jasa serta sumbangannya dalam menghidupkan semula Pondok Tuan Guru Hj. Mohd. Rejab yang kini dikenali sebagai Sekolah Rendah Islam At Taqwa.