Home Berita PAS Terengganu

Ustaz Harun Bakal Lepaskan Jawatan Ketua DPPNT

19
SHARE

KUALA TERENGGANU – Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) Ustaz Mohd Harun Esa memberi bayangan akan melepaskan jawatan dan tidak menerajui sayap kanan parti itu pada penggal akan datang.

Katanya, beliau tidak akan mempertahankan jawatan itu pada Muktamar Pemuda PAS Terengganu yang bakal berlangsung pada 12 Julai depan kerana telah melepasi had umur pemuda.

“Kita harapkan supaya kepimpinan yang baru nanti tidak kira siapa-siapa pun dapat meneruskan kepimpinan dengan lebih bertenaga lagi.

“Mengenai pertandingan jawatan sebagai Ketua DPPNT itu kita serahkan kepada kawasan-kawasan untuk membuat pencalonan dan kita serahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) PAS,” ujarnya.

Ustaz Mohd Harun Esa

Beliau berkata demikian ketika ditemui, dipejabatnya sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengharapkan agar kepimpinan baharu nanti lebih cemerlang menarik sokongan rakyat terutamanya anak muda dalam memastikan PAS akan terus mentadbir Terengganu.

“Kita mengharapkan juga kepimpinan Pemuda PAS Terengganu untuk mengambil ruang yang terbaik Berkhidmat di Dewan Pemuda PAS Malaysia.

“Ini kerana kita melihat kemampuan generasi adik-adik daripada saya mempunyai kebolehan dan berkaliber untuk memimpin di peringkat yang lebih tinggi,”jelas beliau.