
Oleh : PASTI Kawasan Hulu Selangor
Hulu Selangor, Selangor | 26 September 2020
Pada 16 September 2020 yang lalu telah berlangsungnya usrah bulanan Majlis Guru PASTI Kawasan (MGPK) Hulu Selangor di PASTI Ummi Sham, Bukit Sentosa.

Tarbiyah atau pendidikan semenangnya elemen teras dan terpenting dalam PASTI. Bukan saja tarbiyatul aulad atau pendidikan anak-anak buat murid PASTI tetapi juga tarbiyah buat guru dan warga PASTI Hulu Selangor secara keseluruhannya. Guru-guru yang akan mentarbiyah anak-anak PASTI perlulah mempunyai tarbiyah yang cukup.

Begitulah juga kita yang bergelar ibubapa dalam mendidik atau mentarbiyah anak seyogianya mempunyai persediaan yang cukup baik.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor
#PastiHuluSelangor