Home Berita PAS Perak

Usaha dan keringat jadi bekal pencinta kedamaian dan perpaduan | DPPN Perak

30
SHARE
Dewan Pemuda Pas Perak mengucapkan salam takziah buat keluarga mendiang Cik Kumutha A/P Raman, Ketua Wanita Dewan Himpunan Pendokong PAS Pusat (DHPP) yang telah meninggal dunia akibat dari wabak Covid-19 setelah beberapa hari kritikal di wad kecemasan.
Mendiang yang juga merupakan Pegawai Khas kepada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merupakan individu dan watak penting membawa masyarakat India mengenali dan mencintai PAS menerusi DHPP.
Kami sangat sedih atas pemergian mendiang, semoga segala usaha dan keringat mendiang dikenang sebagai bekal semangat buat pencinta kedamaian dan perpaduan.
Ahmad Faisal Bin Mohd Puait
Ketua,
Dewan Pemuda Pas Perak